Friday 27 September 2013

Pentaksiran ??

Pada hari yang terang nie..saya nak share dengan semua tentang perbentangan yang telah saya buat bersama-sama ahli kumpulan sehingga kitaorang tidak mendapat tidur yang mencukupi..Tapi betul lah apa yang orang cakap ' KEJAYAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN ' dan ini adalah pengorbanan kami.\ ok sebelum saya merapu dengan lebih banyak.Jooom sama-sama kita baca apa itu pentaksiran ^^ Maksud pentaksiran Noraini Idris (2005) menyatakan pentaksiran merupakan sebahagian daripada aktiviti penilaian yang melibatkan suatu proses pengumpulan maklumat secara berterusan dengan tujuan untuk menguji hipotesis , membuat keputusan dan mengemukakan soalan. Pentaksiran terbahagi kepada 3 iaitu: PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN (ASSESMENT AS LEARNING) Pentaksiran sebagai pembelajaran bermaksud proses membentuk dan menyokong metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran ini memberi tumpuan terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang baik, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi bermaklumat kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakan untuk tujuan pembelajaran. PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN ( ASSESMENT FOR LEARNING) Pentaksiran untuk pembelajaran bermaksud membolehkan guru mendapat informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid dan mengenal pasti corak serta kaedah kebiasaan pembelajaran murid dan mengenal pasti corak serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran. PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN ( ASSESMENT OF LEARNING) Pentaksiran ini adalah berbentuk sumatif secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan, mendemostrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka menjalankan dan menggunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid. Sekian sahaja persembahan kami.Semoga mendapat ilmu sedikit sebanyak !!~~ ^^

No comments:

Post a Comment