Sunday 29 September 2013

Refleksi assignment

SARAH SYAHIRAH BINTI ZAMERI 950608-11-5586 Kerja kersus bagi subjek Kemahiran Belajar ( GKB1053 ) merupakan kerja kursus saya yang ke 5 untuk saya. Walaupun saya telah menyiapkan 4 buah kerja kursus namun saya masih tidak boleh membiasakan diri menggunakan APA Style dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun saya tidak mudah melenting malahan saya mengambil kelemahan diri saya ini sebagai suatu cabaran untuk saya mencapai keputusan yang cemerlang bak peribahasa ‘ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ‘ oleh itu, saya berusaha mencari maklumat tentang APA Style dalam internet, bertanyakan kawan-kawan dan pensyarah. Walaupun saya tidak mendapat maklumat yang lengkap tentang perkara tersebut tetapi sekurang-kurangnya saya mendapat input-input penting bagaimana ingin menggunkannya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya menggunakan ilmu yang diperolehi semaksimum mungkin dalam menyiapkan kerja kursus ini bagi memastikan pensyarah berpuas hai dengan kerja yang dihantar. APA Style ini telah mengajar saya erti kesabaran dalam menuntut ilmu kerana untuk mendapatkan ilmu ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Orang yang bersabar akan menemui suatu ilmu yang tidak dapat dibayangkan betapa berharganya ilmu tersebut. Kesusahan yang dihadapi dalam mencari maklumat tentang APA Style merupakan kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan kerana masalah ini menyebabkan hubungan saya dengan kawan-kawan semakin rapat. Masa itu emas oleh itu, kita perlu menggunakan masa dengan sebaik mungkin supaya kita tidak akan menyesal dikemudian hari. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut kerana masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini agak singkat namun saya berusaha menyusun jadual untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Dalam menyiapkan tugasan ini baru saya sedar bahawa sebagai guru kelak, kita hendaklah menepati masa bagi memastikan pendidikan yang diberikan itu berkesan dan berguna kepada generasi akan datang. Bukan senang kita hendak menyusun jadual yang bersesuaian dengan aktiviti seharian saya namun saya cuba guna masa semaksimum mungkin bagi memastikan saya tidak menyesal di kemudian hari sambil menyiapkan kerja kursus dengan tergesa-gesa. Secara jujurnya, saya tidak suka menyiapkan kerja dalam suasana yang tertekan disebabkan melakukan kerja di saat-saat akhir. Banyak keburukan yang diperoleh jika melakukan kerja di saat-saat akhir antaranya, kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati, kerja dilakukan tidak sempurna dan diri sendiri akan mengalami kemurungan yang akan memberi kesan kepada orang sekeliling. Kerja kursus ini telah mengajar saya untuk menggunakan masa dengan baik. Apabila saya menjadi guru kelak, saya akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin agar tidak terambil masa guru-guru lain yang hanya akan menyebabkan hubungan bersama guru-guru lain tidak rapat. Pada mulanya, apabila saya mendapat kertas kerja ini, saya tidak mempunyai idea bagaimana ingin menyiapkan kerja kursus ini. Namun dengan adanya penerangan yang terperinci oleh beberapa orang pensyarah maka saya lebih faham dan mempunyai idea bagaimana perkara ini perlu dilakukan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya selalu merujuk kepada rakan-rakan bagi memastikan apa yang saya lakukan itu betul supaya saya tidak perlu melakukan kerja ini berulang-kali. Bagi saya, setiap kerja yang saya dapat itu hanya akan dilakukan sekali sahaja dengan sebaik mungkin supaya tiada lagi melakukannya untuk kali yang berikutnya. Pada mulanya, saya kurang berkomunikasi dengan rakan sekelas saya kerana kita semua masih baru untuk satu sama lain. Namun dengan adanya kerja kursus ini, saya meringankan mulut untuk bertanyakan apa sahaja yang masalah yang bermain di benak fikiran kepada hampir kesemua rakan sekelas saya tanpa berasa malu dan segan. Mereka juga memberi respon yang positif kepada setiap masalah yang saya hadapi. Sekarang saya rase lebih terbuka dengan mereka dan merasakan hubungan kami makin rapat sebagai sebuah keluarga dengan adanya komunikasi yang berterusan. Kerja kursus ini memberi kebaikan kepada kehidupan saya kerana sekarang saya sudah boleh membiasakan diri bertanyakan apa sahaja perkara yang tidak difahami dengan rakan sekelas saya. Kehidupan saya di sini semakin baik dengan adanya hubungan yang rapat antara kami. Saya mempunyai masalah dalam menyusun jadual harian saya kerana dalam suatu hari itu sayang ingin melakukan terlalu banyak bende sehinggakan masa yang terdapat dalm suatu hari itu tidak mencukupi. Namun dalam kerja kursus ini, saya dikehendaki melakukan jadual aktiviti selama empat minggu dan dengan bersusah payah saya berjaya menyiapkannya. Dahulu, saya sangat membenci kehidupan yang berpandukan jadual namun sekarang saya berusaha untuk melakukan setiap aktiviti mengikut jadual yang telah saya tetapkan. Saya berasa kehidupan saya lebih teratur dengan adanya jadual.Sebenarnya kehidupan berjadual memjadikan saya lebih berdisiplin. Sebagai guru kelak, sifat disiplin perlu ditanam dalam diri bagi memastikan kita menjadi contoh dan teladan yang baik kepada setiap murid jadi kerja kursus ini merupakan langkah pertama saya dalam melakukan perubahan kearah yang lebih baik. Saya mula menyukai kehidupan yang berdisiplin kerana seseorang yang berdisiplin akan membolehkan mereka melakukan setiap pekerjaan dengan sempurna sambil orang sekeliling akan memandang mereka dengan pandangan yang baik. Guru yang berdisiplin akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin. Sekarang baru saya sedar bahawa hidup yang berdisiplin tidak sekali-kali merugikan individu tersebut malahan disiplin itu mematangkan individu itu sambil membolehkan orang lain berasa konfiden untuk meletakkan kepercayaan kepada mereka. Rakan-rakan adalah individu yang sangat penting dalam kehidupan yang berjauhan dengan keluarga ini.Rakan merupakan individu yang akan bersama kita sama ada dalam keadaan senang atau susah oleh itu, kita perlu menjaga hubungan sesama kita dengan sebaik mungkin supaya tidak ada berlaku pergaduhan dan bermasam muka antara satu sama lain. Kerja kursus ini membolehkan hubungan kami sekelas semakin rapat.Kami akan bersama-sama membantu antara satu sama lain untuk memastikan semua ahli kelas kami berjaya.Kejayaan kami semua akan menjadi makin manis sekiranya semua daripada kami berjaya bersama-sama .Kami akan mengadakan latihan pada pagi dan petang bersama-sama bagi memastikan setiap orang melibatkan diri dalam latihan tersebut supaya semua akan berjaya dengan cemerlang.Tanggungjawab rakan adalah membantu rakan yang dalam kesusahan bukannya membiarkan mereka yang dalam kesusahan bagi memastikan diri kita sahaja yang berjaya. Adakah kita akan berbahagia sekiranya hanya diri kita sahaja yang menang manakala rakan kita yang lain gagal? Memang kita akan berasa bangga kerana dengan kejayaan kita namun kebahagiaan itu tidak akan berkekalan kerana hidup ini umpama roda.Mungkin pada masa itu nasib kita baik tapi percayalah apabila kita dalam kesusahan maka pada masa itu baru kita tahu apa perasaan kawan-kawan kita yang mengalami kegagalan dahulu disaat kejayaan kita. Jadi kami telah sepakat untuk membantu antara satu sama lain bagi memastikan kejayaan milik kami semua.

1 comment:

  1. pannnnnnjjjaaaaaaannggggg gggiillllleeerrrrrrrrrr refleksssiiii~!
    otoke~

    ReplyDelete